Powered by Mitsuoka Widget

Friday, April 4, 2014

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi


5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi

1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Thursday, April 3, 2014

Siapakah Rachel Corrie?


Siapakah Rachel Corrie?

Mungkin anda pernah mendengar nama Rachel Corrie tetapi tahukah anda siapakah insan hebat ini?

Ayuh kenali pemudi bernama Rachel ini. 

Beliau merupakan seorang aktivis kemanusiaan warga Amerika Syarikat yang berjuang demi pembebasan Palestin. Beliau menyertai International Solidarity Movement (ISM) dan mengambil keputusan drastik dengan menangguhkan pembelajaran beliau di Kolej Evergreen untuk menyertai bantuan kemanusiaan di Rafah, Palestin.

Beliau bukan sahaja sgt prihatin terhadap isu Palestin tetapi sgt prihatin terhadap isu kemanusiaan sejagat sejak beliau masih kecil lagi. Maka, tidak hairanlah beliau sanggup terbang dari Amerika ke Palestin atas dasar kemanusiaan.

Suatu tragedi telah menimpa beliau sewaktu beliau menjalankan aktiviti kemanusiaan di Rafah. Tragedi ini berlaku pada siang hari sewaktu puak pengganas Zionis sedang rakus memusnahkan rumah penduduk Palestin.

Pembunuhan seorang aktivis wanita ini sememangnya tidak dapat dimaafkan dan dilupakan. Keganasan askar Israel jelas kelihatan apabila pemandu tersebut membunuh Rachel bukan dengan menggunakan jengkaut biasa. Sebaliknya, jengkaut yang digunakan adalah jengkaut berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan senjata api dan cermin kalis peluru, iaitu jengkaut Catterpillar D9 yang telah diubahsuai oleh IDF.

Inilah kisah tragedi kejam yang menimpa seorang aktivis pada 16 Mac 2003. Tragedi ini seharusnya membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman dan kerakusan puak Zionis. Mereka bukan sahaja suka membunuh umat Islam, mereka juga akan membunuh sesiapa sahaja yang menjadi batu penghalang kemaraan mereka untuk menguasai dunia.

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Gadis Amerika berjuang untuk Palestin hingga mengorbankan nyawanya. Kita? 

Kita patut malu pada diri sendiri. Apakah cukup usaha yg telah kita lakukan demi membantu saudara2 kita di Palestin? 

Tepuk dada tanya iman kita!

Wednesday, April 2, 2014

Apa Itu Anti semitik?


Anti semitik?

Anti-semitik merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. 

Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!

Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin di Gaza, Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!

Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan Negara mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih merupakan lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!

Itulah terma yang digunakan oleh Israel untuk mengecam anda!

Anti-semitik!

Tuesday, April 1, 2014

Siapakah Tom Hurndall?


Siapakah Tom Hurndall? (1981 – 2004)

Beliau adalah warga British, seorang pelajar fotografi dan merupakan sukarelawan ISM (International Solidarity Movement) seperti Rachel Corrie. Pada 11 April 2003 beliau telah ditembak oleh Sniper Zionis di kepala. Beliau berada dalam koma dan meninggal dunia 9 bulan kemudian.

Pada April 2003, ketika askar Israel beroperasi di Rafah, beliau dan rakan-rakan aktivis yg lain merancang untuk membina sebuah khemah protest keamanan di salah sebuah jalan utk menghalang kemasukan tentera Israel ke kawasan rakyat Palestin.

Melihat khemah yg didirikan tersebut, Tentera Zionis melepaskan tembakan kepada sekumpulan aktivis menyebabkan Tom dan rakan yg tidak bersenjata terpaksa melarikan diri.

Ketika melarikan diri, beliau ternampak sekumpulan kanak-kanak perempuan sedang dalam keadaan ketakutan dan kelihatan peluru mengenai tanah2 sekitar kanak2 tersebut.Tanpa rasa takut beliau segera mengangkat seorang budak dan meletakkannya di tempat selamat dan datang kembali utk budak yg kedua tetapi malangnya ketika sedang berlutut melindungi budak perempuan itu sebutir peluru yg ditembak Sniper Israel dalam jarak 20 kaki tepat mengenai belakang kepala beliau.

Sniper Israel mendakwa beliau melihat Tom menembak ke arahnya dan memakai uniform tentera padahal ketika itu beliau tidak bersenjata dan memakai Vest berwarna oren yg menunjukkan beliau ialah orang awam dan aktivis kemanusiaan.

Setelah kejadian itu, Kerajaan Israel cuba memburukkan beliau dgn mengeluarkan laporan autopsi yg mengatakan Tom mati disebabkan mengambil dadah berlebihan.

Tetapi itu adalah helah rekaan semata-mata. Antara kata-katanya yg paling diingati adalah:

What do I want from this life?
What makes you happy is not enough.
All the things that satisfy our instincts only satisfy the animal in us.
I want to be proud of myself. I want more. I want to look up to myself and when I die, I want to smile because of the things I have done, not cry for the things I haven't done.

Itu Tom. Kita?

Thursday, March 27, 2014

Apakah Cinta Sejati?


Terdapat sebuah kisah seorang pemuda yang akan berkahwin dengan seorang wanita rupawan. Sebelum hari perkahwinan mereka berdua, wanita tersebut mengalami demam campak yang sangat serius sehingga menyebabkan kecacatan pada mukanya di sebelah kiri. Bapa wanita tersebut mengutuskan surat kepada pemuda itu bertanyakan sama ada hendak membatalkan perkahwinan mereka. Namun pemuda itu menjawab bahawa dia tetap akan mengahwini anaknya. Pemuda tersebut semenjak beberapa hari sebenarnya mengalami masalah penglihatan yang berkemungkinan akan mengakibatkan buta. Di hari perkahwinan mereka mata pemuda tersebut telah pun buta namun majlis tetap berjalan seperti biasa.

Kehidupan pasangan pemuda dan wanita itu berjalan dengan penuh bahagia. Mereka hidup dengan perasaan saling mencintai antara satu sama lain. Sehinggalah pada dua puluh tahun perkahwinan mereka, wanita itu dipanggil Tuhan dan meninggalkan alam yang fana ini. Selepas kematian isterinya, suatu keajaiban terjadi, pemuda yang sebelum ini buta kembali pulih seperti sedia kala. Orang-orang di sekeliling berasa hairan dan bertanyakan tentang keajaiban yang berlaku pada matanya. Dia menjawab bahawa sebenarnya selama ini matanya tidak buta, penglihatannya adalah baik seperti manusia biasa, namun demi cintanya pada isteri, selama ini dia hanyalah berpura-pura buta semata-mata tidak mahu menyakiti hati serta menyedihkan isterinya akan mukanya yang buruk itu.
Sesungguhnya cinta itu sejatinya pada hati, bukan pada wajah yang kian reput ditelan usia. 

“dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir” ~ ar-Rum, ayat 21 ~



English :

What is true love?

There is the story of a young man who was engaged to marry a particularly beautiful woman. Before the wedding day, his fiancĂ©e was afflicted with a severe case of chicken pox which left her face terribly disfigured. Her father wrote to him informing him of the situation and asking if he preferred to call off the wedding. The young man replied to her father stating that he would still marry his daughter, but that he had recently experienced a gradual loss of sight, which he feared would culminate in blindness. By the wedding date he had in fact completely lost his vision. The wedding proceeded as planned and the couple had a loving and happy relationship until the wife died twenty years later. Upon her death the husband regained his eyesight. When asked about his seemingly miraculous recovery he explained that he could see all along. He had feigned blindness all those years because he did not want to offend or sadden his wife. 

"Among His proofs is that He created for you spouses from among yourselves, in order to have tranquility and contentment with each other, and He placed in your hearts love and care towards your spouses. In this, there are sufficient proofs for people who think" ~ Ar-Rum, verse 21 ~

Wednesday, March 26, 2014

BACALAH SURAH YASSIN SELALU


BACALAH SURAH YASSIN SELALU
> RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
> "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

> 1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
>
> 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
>
> 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
>
> 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
>
> 5. Jika terpenjara akan dibebaskan..
>
> 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya..
>
> 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
>
> 8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..
>
> 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
>
> 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. .
>
> 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
>
> 12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
>
> 13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
>
> 14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.



> Untuk renungan semua,
>
> Siapakah orang yang sibuk ?
>
> Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
>
> Siapakah orang yang manis senyumannya?
>
> Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
>
> Siapakah orang yang kaya?
>
> Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 
>
> Siapakah orang yang miskin?
>
> Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. 
>
> Siapakah orang yang rugi?
>
> Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
>
> Siapakah orang yang paling cantik?
>
> Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
>
> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
>
> Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
>
> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
> dihimpit?
>
> Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
>
> Siapakah orang yang mempunyai akal?
>
> Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
>
> Siapakah org yg KEDEKUT ?
>
> Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang artikel ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
> 
> Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain...

Tuesday, March 25, 2014

7 Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. 

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.


Bagaimanakah caranya? 

1. Membuka Bahagian Tangan 
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). 

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. 

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. 

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?" 



2. Membuka Leher dan Dada 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. 

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." 


Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V". 


3. Berpakaian tapi Telanjang 


Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. 

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang). 


4. Agak Terbuka Sedikit 
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." 

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan. 


5. Tudung Semakin Kecil 
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". 

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung." 


6. Terdedah 
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya. 


7. Membuka Seluruh 
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut" 

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. 

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. 

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? 

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. 

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut. 

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. 

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. 

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!! 

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...