Powered by Mitsuoka Widget

Saturday, March 22, 2014

Apakah Maksud Perdebatan @ Mujadalah ?


Kata Al-Allamah al-Muhaddis Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah : Perdebatan @ Mujadalah bermaksud berbalas hujah dengan harapan dapat mengalahkan dan menundukkanmusuh.

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah pula menyebut bahawa dengan perdebatan ini akan menyebabkan yang kalah akan dihina manakala yang menang akan disanjung dan membangga diri dengan digelar sebagai seorang yang bijak dan berilmu.

Hakikatnya perdebatan bukan untuk mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya semata-mata untuk menjatuhkan lawan dihadapan orang ramai.

Mungkin ada yang akan bertanya : Bagaimana kita ingin membezakan di antara berdebat untuk menjatuhkan seseorang dan berdebat untuk menegakkan kebenaran?

Bagi membezakan kedua perkara ini , menurut Al-Allamah al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah seseorang perlu menilai kepada dirinya sendiri : Jika dia berbahas dengan seseorang dan dia berusaha untuk menjatuhkan air muka seseorang maka ketika tersebut dia termasuk di dalam perdebatan yang dicela. Tetapi jika dia berusaha untuk memahamkan dan memberikan penerangan sebaik mungkin terhadap perkara yang benar kepada lawannya dengan menghormati pihak lawan maka pada ketika tersebut dia dikira berdebat menegakkan kebenaran.

Perkara ini akan dirasai oleh kedua-dua pihak lawan tersebut sendiri. Jika kesudahannya berakhir dengan kebencian di dalam hati maka itu adalah perdebatan yang dicela, manakala jika ianya berakhir dengan masing-masing mengakui kesilapan jika dia tersilap dan mengikut kepada kebenaran jika pihak lawan di pihak yang benar, maka inilah perbincangan @ debat yang dipuji oleh syarak. 

Sebenarnya terdapat beberapa istilah yang sepatutnya difahami oleh kita bagi membezakan apa yang disebut sebagai debat yang dicela, debat yang dipuji @ perbincangan, dan lain-lain. 

Al-Allamah Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid rahimahullah, salah seorang ulama yang pernah mengajar di Masjid al-Azhar menyebut di dalam kitabnya : Risalah al-Adab Fi Ilmi Aadab al-Bahsi wal Munazarah ( Risalah Adab yang menerangkan tentang ilmu adab berbahas dan berbincang) berkenaan perbezaan antara istilah mujadalah dan munazarah .

Tajuk kitab itu sahaja sudah dapat menunjukkan kepada kita bahawa ulama tidak menggunakan tajuk ( adab bermujadalah) sebaliknya digunakan tajuk ( adab bermunazarah) . Kedua-dua ini adalah mempunyai maksud yang sangat berbeza.

Maksud Mujadalah sudah saya terangkan pada permulaan tulisan saya. 

Manakala maksud bagi Munazarah pula ialah : Perbincangan dua pihak yang bertujuan untuk mempertahankan hujahnya yang benar dan membatalkan hujah saudaranya dengan keinginan kedua-dua pihak bagi menjelaskan kebenaran ( bukan berniat menjatuhkan dan memalukan pihak yang lain).


By Sheikh Nazrul Nasir

0 comments:

Post a Comment