1. Tidak mempunyai lagak seorang alim. Menyedari ilmu tidak seberapa jika dibandingkan ilmu Allah yang tiada tolok bandingnya. Walaupun telah khatam berpuluh kitab, namun masih tidak mahu manusia mengangkat dirinya kerana MALU kepada Allah.
2. Menjaga aturan sikapnya, Walaupun perkara itu makruh, namun tetap dijauhinya kerana kerendahan hati. Apatah lagi yang haram, tidak mahu didekati olehnya.
3. Berusaha mengelak daripada sanjungan manusia. Terkadang sengaja mereka tidak ingin dikenali manusia umum.
4. Pergerakannya adalah tangisan pengharapan kepada Allah. Hatinya bersih suci, sehinggakan ahli kasyaf silau pandangan kasyafnya apabila melihat kepada hati mereka.
Kisah Murobbi yang dikasihi, Syeikh Ghani Rohimahullah :
Pada suatu ketika, sebelum tuan guru masuk mengajar, sahabat saya, Saudara Zulkarnain, menghampar kain rida' di tempat Syeikh duduk untuk mengajar. Beliau mengharapkan Syeikh akan duduk di atas rida'nya. Semuanya dilakukan kerana menghormati keilmuan beliau. Apabila beliau masuk, seperti biasa, kami selaku murid cuma memandang lantai. Tidak mahu mendongak kepala, takut-takut kurang adab terhadap guru. Tiba-tiba kami mendengar tangisan teresak-esak. Ternyata itu adalah tangisan Tuan Syeikh. Syeikh bertanya, “Siapa yang meletakkan kain rida' ini? Adakah kerana kamu menghormatiku? Aku berjanji, jika sekali lagi aku melihat kamu membuat penghormatan yang besar kepadaku, akan aku masuk ke dalam gua dan berhenti daripada mengajar kalian” .
Zulkarnain bertanya; “Salahkah kami menghormati Tuan?”
Syeikh berkata, “Atas sebab apa aku mesti dihormati? Adakah kerana ilmu? Ketahuilah wahai penuntut ilmu, aku dan kalian adalah sama. Allah telah membahagikan ilmu antara kita. Aku perlukan ilmu Allah darimu, dan engkau perlukan ilmu Allah dariku”.
||Murid Ustaz Muhammad Al-Fathoni||
0 comments:
Post a Comment